KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2026 – Seramai 221 peserta terdiri daripada 124 ibu bapa dan 97 murid telah menyertai Program Road to Success: “Empowering Parents, Inspiring Excellence” yang berlangsung di SMK Desa Tun Hussein Onn dengan perkongsian oleh Kaunselor, Tn. Hj. Hushim bin Hj. Salleh.
Dalam perkongsian beliau, Tn. Hj. Hushim menekankan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk perkembangan anak-anak pada masa kini. Ibu bapa merupakan tunjang utama dalam memberikan bimbingan, sokongan dan asas yang kukuh bagi membantu anak-anak membina masa depan mereka.
Penglibatan ibu bapa bersama anak-anak menerusi program ini turut mengetengahkan kepentingan sokongan keluarga dalam perjalanan perkembangan anak-anak, bukan sahaja dalam aspek pendidikan, malah dalam pembentukan sahsiah, keyakinan dan potensi diri.
Melalui inisiatif seperti ini, Yayasan LTAT terus memberikan perhatian kepada usaha menyokong kemenjadian anak-anak warga ATM agar mereka mendapat dorongan dan persekitaran yang dapat membantu mereka berkembang serta mencapai potensi masing-masing.