KOTA KINABALU – YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT bersama isteri, YBhg. Puan Sri Datin Seri Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim telah menyempurnakan lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan bagi menyantuni empat (4) penerima dalam kalangan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta keluarga yang diuji dengan masalah kesihatan.
Menerusi lawatan tersebut, sumbangan kebajikan telah disampaikan kepada:
1. Puan Suzilawati binti Mohd Yunus, balu kepada Allahyarham Lt Kdr Mohd Fadzil Zikry TLDM
2. Lt Kdr Mohammad Zakwan bin Zukeflee TLDM.
3. Adik Nurul Sumayyah Humaira binti Muhammad Shahir anak kepada Kdr Muhammad Shahir bin Salleh TLDM.
4. Adik Jamie Fletcher anak kepada BK TMK Jonathan Anak Juan.
Turut hadir, YBhg. Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Tentera Laut bersama isteri, YBhg. Puan Sri Zamzelina binti Ahmad, dalam menyantuni para penerima dan keluarga.
Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Yayasan LTAT dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga ATM serta keluarga sentiasa terpelihara, seterusnya membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para penerima.
Yayasan LTAT akan terus komited memperkukuh usaha kebajikan dan memperluas manfaat kepada warga ATM serta keluarga sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan pengorbanan mereka demi negara.