KUCHING, 17 Oktober 2025 โ Program Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Pangkalan Udara Kuching dengan penganjuran sesi taklimat yang disampaikan oleh YBhg. Datoโ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.
Sesi taklimat ini bertujuan memberi penerangan mengenai inisiatif Yayasan LTAT yang memfokuskan kepada tiga teras utama: pendidikan, kemahiran dan kebajikan bagi memperkasa kesejahteraan warga ATM.
Program KยฒT merupakan inisiatif yang diberi mandat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membuka ruang kepada keluarga ATM selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh daya cipta dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir, YBrs. Lt Kol Ali Mohamad TUDM, Pemangku Komander PU Kuching, YBrs. Puan Nazrah Idris, Wakil Jemaah BAKAT Udara, YBrs. Puan Noridah Ahmad @ Othman, Pengerusi BAKAT PU Kuching dan YBrs. Puan Shafrine Mohamad Morshidi, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Jelajah ini mencerminkan komitmen Yayasan LTAT terhadap agenda Malaysia MADANI dengan memperkukuh keupayaan insan dan kesejahteraan keluarga ATM.














