Aktiviti, Pendidikan

PROGRAM PENDIDIKAN STEM ANAK ATM – SMK KEM TERENDAK

Melaka, 8 Disember 2025 – Yayasan LTAT melaksanakan Program Pendidikan STEM Anak ATM buat kali pertama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) di SMK Kem Terendak. Seramai 60 pelajar Tingkatan 1 mengikuti modul 3D Printing yang

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Melaka, 8 Disember 2025 – Yayasan LTAT melaksanakan Program Pendidikan STEM Anak ATM buat kali pertama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) di SMK Kem Terendak.

Seramai 60 pelajar Tingkatan 1 mengikuti modul 3D Printing yang dikendalikan sepenuhnya oleh USM. Tenaga pengajar utama, YBrs. En. Khairul Anuar bin Mohd Zain, Pegawai Penyelidik CEDEC USM memperkenalkan kepada pelajar perisian reka bentuk 3D, teknik membangunkan model dalam dimensi sebenar, dan demonstrasi serta latihan mencetak menggunakan peralatan 3D printer yang dibawa khusus oleh USM untuk pelaksanaan program ini. Pelajar turut berpeluang menghasilkan objek percetakan 3D mereka sendiri pada akhir sesi.

Pengetua SMK Kem Terendak, Encik Muhammad bin Aseli turut merakamkan penghargaan atas inisiatif berimpak tinggi ini, khususnya kolaborasi antara Yayasan LTAT dan USM dalam melaksanakan modul intensif di bawah Fasa Program STEM Outreach.

Turut hadir, YBrs. Puan Zarina binti Mohamad, Pemangku Pengurus Kanan Strategi & CSR Yayasan LTAT.

Yayasan LTAT terus komited memperkasa pembangunan modal insan anak-anak warga ATM melalui pendedahan STEM yang progresif, interaktif dan berasaskan teknologi masa depan.

#YayasanLTAT