YB Datoโ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan menzahirkan antara fokus utama Kementerian Pertahanan iaitu mempertingkatkan kesejahteraan dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Seiring dengan hasrat tersebut, Yayasan LTAT komited untuk memberikan sokongan penuh terhadap agenda Kementerian Pertahanan dalam memperkasakan kesejahteraan serta kepentingan warga ATM dan keluarga mereka, menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif pendidikan, kemahiran & kebajikan yang telah diamanatkan.
Komitmen berterusan ini mencerminkan peranan Yayasan LTAT sebagai sebahagian daripada ekosistem pertahanan negara dalam menjaga kebajikan dan masa depan warga ATM.
