TAIPING โ Seramai 15 ahli BAKAT menyertai Beauty Camp anjuran BAKAT 23 RAD Kem Tun Razak dengan kerjasama Yayasan LTAT yang berlangsung di Kolej Komuniti Taiping. Program di bawah inisiatif Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) ini menjadi platform transfer of knowledge yang menyumbang kepada peningkatan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang kecantikan.
Peserta mempelajari asas solekan merangkumi pengenalan alatan, pemilihan produk mengikut tona kulit serta teknik aplikasi yang betul. Mereka turut dibimbing oleh tenaga pengajar dalam penggunaan alatan asas seperti beauty blender, angled brush dan eyeshadow blending brush, termasuk pemilihan warna serta langkah penyempurnaan solekan.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam kalangan wanita warga pertahanan, malah berpotensi membuka peluang penjanaan pendapatan serta menyumbang kepada kesejahteraan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia.




