Aktiviti, Kebajikan

Yayasan LTAT Santuni Keluarga ATM Hidap Penyakit Kronik

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026 – Yayasan LTAT telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada pesakit yang diuji dengan penyakit kronik dalam kalangan keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi satu lawatan ziarah pesakit di sekitar Kuala

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2026 – Yayasan LTAT telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada pesakit yang diuji dengan penyakit kronik dalam kalangan keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi satu lawatan ziarah pesakit di sekitar Kuala Lumpur.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT bersama Lt Kol Mohd Najib Bin Mohtar, pegawai daripada Sel Kebajikan ATM sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan anggota dan keluarga mereka.

Antara penerima ialah BM TLR Mohd Najib Fahmi bin Mohamad Shariff serta Muhammad Faiz Asyraf bin Mohd Zulkifli, anak kepada SSjn Mohd Zulkiffli bin Yaakob.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan LTAT dalam membantu meringankan beban keluarga anggota serta memastikan kebajikan warga ATM sentiasa diberi perhatian.

#YayasanLTAT

#MinDefUpdate

#MinDefMalaysia

#JagaWiraKita

#KemahiranKeluargaTentera