

Yayasan LTAT mempelawa permohonan daripada anak-anak Warga Kerja Pertahanan yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang masih berkhidmat bagi Bantuan Universiti Awam dan Universiti Luar Negara Tahun 2026.
Inisiatif ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pertama secara sepenuh masa bagi Tahun Pertama Sesi Akademik 2025/2026 sebagai usaha berterusan dalam menyokong kecemerlangan pendidikan generasi pewaris warga pertahanan negara.
Permohonan kini dibuka dan calon yang memenuhi syarat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup pada 8 Mei 2026 (Jumaat).
Bagi maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan dan tatacara permohonan, pemohon adalah diminta untuk merujuk kepada hebahan rasmi atau mengimbas kod QR yang disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Arah Pendidikan ATM atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia seperti yang tertera pada poster.
link pendaftaran:
https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1CYaHxBLR6Xmir7U__D4F4HZTsJsgS1DR?usp=sharing
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita