Program LAKSAMANA 3.0 yang berkonsepkan โtrain & placementโ melibatkan seramai 25 orang peserta yang telah terpilih daripada 40 kuota yang diperuntukkan.
Para peserta terdiri daripada anak-anak warga ATM dan anak Veteran ATM yang mengikuti program ini bagi tujuan pembangunan diri serta persediaan kerjaya secara lebih berstruktur.
Daripada jumlah tersebut, seramai 10 orang peserta Kohort 2 sedang menjalani latihan di ADTEC Kemaman selama 2 minggu memberi tumpuan kepada pendedahan kemahiran teknikal, disiplin kerja dan pembentukan sahsiah diri sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Sepanjang tempoh 5 hari pelaksanaan, para peserta telah menjalani latihan merangkumi sesi pendaftaran dan taklimat pelaksanaan, pemeriksaan kesihatan, Safety Induction serta latihan teknikal Penetrant Testing (PT) yang merupakan sebahagian daripada pendedahan dalam bidang Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing).
Program ini merupakan sebahagian daripada kursus yang perlu dihadiri bagi melengkapkan keperluan latihan serta pendedahan industri kepada peserta sebelum melangkah ke fasa pembangunan kerjaya seterusnya.
Inisiatif kerjasama YAYASAN LTAT bersama MIGHT mencerminkan usaha berterusan dalam melahirkan modal insan yang berdaya tahan, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan industri semasa.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita
#LAKSAMANA3.0