KEDAH, 26 April 2026 โ YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT telah menyempurnakan lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan kepada tiga (3) keluarga anggota yang diuji masalah kesihatan anak-anak mereka.
Sumbangan ini merupakan lambang komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan anggota ATM yang diuji dengan masalah kesihatan sentiasa terjaga.
Sesi penyerahan sumbangan telah dilaksanakan di tiga lokasi:
- Gurun, Kedah bagi menyantuni adik Sumayyah Azzahra (1 tahun), anak kepada Kpl Muhammad Hafiz Al-Qayyum bin Mohd Yazi daripada 6 Platun Bekalan KPD.
- Kepala Batas, Kedah bagi melawat adik Muhammad Fateh Qayyum (4 tahun), anak kepada Kpl Muhammad Amin bin Termizi daripada 6 RAMD.
- Kodiang, Kedah sumbangan kepada adik Siti Umairah (6 tahun), anak kepada Kpl Mohamad Fauzy bin Ismail daripada 6 RAMD.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi kekuatan moral kepada anggota dan keluarga dalam menempuh dugaan ini.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita


