Berita, Pendidikan

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐“๐„๐Œ ๐€๐ง๐š๐ค ๐€๐“๐Œ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐“๐€๐“ 2026 ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง Bersama Membina Harapan: Demi Masa Depan Warga ATM

Yayasan LTAT terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa pendidikan anak-anak ATM menerusi Program Pendidikan STEM Anak ATM 2026 yang dilaksanakan khas untuk sekolah dalam kem. Ini adalah kesinambungan kepada kejayaan pelaksanaan pertama pada tahun 2025. Inisiatif

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Yayasan LTAT terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa pendidikan anak-anak ATM menerusi Program Pendidikan STEM Anak ATM 2026 yang dilaksanakan khas untuk sekolah dalam kem. Ini adalah kesinambungan kepada kejayaan pelaksanaan pertama pada tahun 2025.

Inisiatif ini merupakan antara usaha penting Yayasan LTAT dalam membuka minda serta meningkatkan kesedaran anak-anak ATM terhadap kepentingan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang kini menjadi pemacu utama dunia pendidikan, industri dan kerjaya masa hadapan.

Melalui program ini, pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 didedahkan dengan pelbagai peluang pendidikan, perkembangan teknologi semasa serta hala tuju kerjaya masa depan yang berkait rapat dengan bidang STEM. Pada masa yang sama, program ini turut membimbing para pelajar untuk mengenal pasti potensi diri, membina keyakinan dan memahami laluan pendidikan yang boleh membantu mereka menceburi industri STEM pada masa hadapan.

Bagi Yayasan LTAT, pelaksanaan program ini amat signifikan kerana ia merupakan antara inisiatif pendidikan pertama yang memberi fokus khusus kepada pembangunan kesedaran STEM dalam kalangan anak ATM di sekolah dalam kem. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar, malah menjadi platform penting dalam melahirkan generasi muda ATM yang lebih berdaya saing, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri masa kini.

Dengan kerjasama strategik bersama TalentCorp dan Universiti Sains Malaysia (USM), modul Education Pathway telah dilaksanakan secara interaktif menerusi aktiviti perbincangan berkumpulan, kajian kes serta sesi pembentangan yang membantu pelajar memahami potensi diri dan merancang masa depan akademik serta kerjaya mereka dengan lebih jelas.

Setakat ini, program telah berjaya dilaksanakan di empat buah sekolah dalam kem:
๐Ÿ“ MRSM Terendak โ€“ 16 Mac 2026
๐Ÿ“ SMK Kem Terendak โ€“ 17 Mac 2026
๐Ÿ“ STAY ATM โ€“ 6 Mei 2026
๐Ÿ“ Maktab Tentera Diraja โ€“ 8 Mei 2026

#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita