PENGERANG, 5 Oktober 2026 – Majlis Penyampaian Sijil Program Latihan Anak ATM & Veteran (LAKSAMANA) 3.0 telah berlangsung di Pengerang, Johor sebagai tanda pengiktirafan kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan latihan di bawah program ini.
Yayasan LTAT telah diwakili oleh Tuan Haji Mohamad Zamri bin Zakaria, mewakili Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin.
Turut hadir YBrs. Cik Habibah binti Ali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, RSA Academy serta YBrs. Encik Mohd Nurul Azammi, Naib Presiden, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Seramai 16 peserta menghadiri majlis tersebut, terdiri daripada 3 peserta Kohort 2 dan 13 peserta Kohort 3. Kesemua mereka telah menamatkan latihan dan melalui penempatan yang disediakan menerusi Program LAKSAMANA.
Majlis ini bukan sekadar meraikan tamatnya latihan, tetapi menjadi pengiktirafan kepada usaha dan komitmen peserta dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan dengan kemahiran dan pengalaman yang telah diperoleh.
Tahniah kepada semua peserta LAKSAMANA 3.0 !