24 OKTOBER 2026 – Yayasan LTAT bersama Sekolah Tahfiz Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) telah mengadakan Ceramah Motivasi Kecemerlangan SPM yang disampaikan oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh, melibatkan seramai 74 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Ceramah ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai asas dalam menentukan hala tuju pendidikan dan masa depan mereka.
Menerusi perkongsian motivasi ini, para pelajar turut diberikan suntikan semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik, di samping menyeimbangkan tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Program ini turut mendapat tajaan daripada Maybank Islamic Berhad sebagai sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan dan kecemerlangan akademik pelajar STAY ATM.