Berita, Kemahiran

MEMPERKASA KEUSAHAWANAN, MENINGKATKAN SOSIOEKONOMI KELUARGA ATM

Yayasan LTAT mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kursus Keusahawanan Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) bersama BAKAT ATM, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Pharmaniaga Berhad bagi membincangkan pelaksanaan serta hala tuju program dalam memperkasa keusahawanan keluarga ATM.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2026 – Yayasan LTAT telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kursus Keusahawanan Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) bersama BAKAT ATM, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Pharmaniaga Berhad bertempat di Yayasan LTAT.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan hala tuju, perancangan pelaksanaan serta peranan rakan strategik dalam memperkukuh kesinambungan Program K²T melalui latihan dan bimbingan keusahawanan yang lebih berstruktur, sekali gus membuka peluang meningkatkan sosioekonomi keluarga ATM.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) dan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT. Turut hadir YBhg. Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Senior Vice President, Corporate Communications, Pharmaniaga Berhad, YBrs. Encik Fais Azlan bin Che Hamzah, Pengurus Kanan Jabatan Pemerkasaan Ekosistem & Pengantarabangsaan, INSKEN serta wakil BAKAT daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM.