Berita

JELAJAH WIRA LTAT 2026 | EDISI PANTAI TIMUR

Yayasan LTAT menyertai Jelajah Wira LTAT 2026 Edisi Pantai Timur di Kem Desa Pahlawan, Kelantan sebagai usaha mendekati warga ATM serta memperkenalkan inisiatif dan peranan Yayasan LTAT dalam memperkasa kebajikan keluarga tentera.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KOTA BHARU, 2 Julai 2026 — Yayasan LTAT telah menyertai Jelajah Wira LTAT 2026 Edisi Pantai Timur yang berlangsung di Dewan Sri Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kelantan dan telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Adly bin Zahari. Turut hadir memeriahkan majlis, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin (Bersara), Pengerusi LTAT.

Dalam sesi lawatan ke reruai pameran, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut meluangkan masa meninjau reruai Yayasan LTAT bagi melihat inisiatif yang ditawarkan kepada warga ATM dan keluarga.

Bersempena program ini, YB Timbalan Menteri Pertahanan berkesempatan menyempurnakan penyerahan simbolik sebanyak 10 unit peranti kepada ibu bapa pelajar yang mengikuti Program e-Perkasa SPM 2026 yang diiringi oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin. Inisiatif pendidikan ini menyediakan kelas tuisyen dalam talian khusus bagi pelajar yang bersekolah di luar kem.

Penyertaan Yayasan LTAT dalam Jelajah Wira LTAT 2026 mencerminkan peranan berterusan Yayasan LTAT dalam memperluas akses kepada inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan kemahiran demi memperkasa warga ATM dan keluarga.