Seramai 147 pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMKDTHO) telah menyertai Bengkel teknik menjawab SPM.
Bengkel ini merupakan salah satu komponen Sentuhan Elit SPM 2026 untuk Sekolah Dalam Kem (SDK) anjuran YAYASAN LTAT memfokuskan subjek teras iaitu Bahasa Melayu,Matematik,Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Bengkel yang berlangsung pada 3 hingga 4 Julai 2026 di Auditorium Binary, Kompleks Haigate ATM, Kementah bertujuan meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan serta keyakinan pelajar menghadapi peperiksaan SPM 2026.
Semoga perkongsian ilmu dan teknik yang diberikan menjadi pemangkin kecemerlangan para pelajar dalam menghadapi SPM.