Aktiviti, Pendidikan

MELANGKAH KE HADAPAN, MEMACU MASA DEPAN

Seramai 205 pelajar menyertai Komponen Hala Tuju Program Sentuhan ELIT anjuran Yayasan LTAT bagi meneroka peluang pendidikan dan kerjaya selepas SPM. Perkongsian daripada enam institusi pendidikan membantu pelajar mengenali potensi diri serta merancang masa depan
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Seramai 205 orang pelajar menyertai Komponen Hala Tuju, komponen terakhir dalam Program Sentuhan ELIT yang memberi pendedahan tentang peluang melanjutkan pengajian dan pilihan kerjaya selepas SPM.

Perkongsian daripada Maktab Tentera Diraja, TVET MARA, MJII, City University Malaysia, DRB-HICOM University dan Netherlands Maritime University Malaysia membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali pelbagai laluan pendidikan yang boleh diterokai.

Semoga pendedahan ini membantu para pelajar membuat pilihan yang tepat serta terus bersemangat mengejar cita-cita dan melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.