Aktiviti, Pendidikan

PECUTAN AKHIR SPM 2026: MEMPERKUKUH PERSEDIAAN, MEMBINA KEYAKINAN

Program Sentuhan Elit SPM 2026 anjuran Yayasan LTAT dengan tajaan Maybank Islamic terus memperkukuh persediaan akademik pelajar Tingkatan 5 Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) ATM menerusi pelaksanaan Tuisyen Intensif Bahasa Inggeris pada 17 November 2026.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Program Sentuhan Elit SPM 2026 anjuran Yayasan LTAT dengan sokongan tajaan Maybank Islamic terus komited memperkasa pencapaian akademik anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Tuisyen Intensif mata pelajaran Bahasa Inggeris pada 17 November 2026, melibatkan pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) ATM.

Tuisyen intensif yang memfokuskan kepada topik Listening & Dictation ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran mendengar, memahami audio dan mengeja perkataan dengan betul.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2022 hingga 2026, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada seramai 53 pelajar, sebagai usaha berterusan Yayasan LTAT dalam menyokong kecemerlangan akademik anak-anak warga ATM.

Diharapkan usaha ini dapat membantu para pelajar membuat persediaan dengan lebih baik, meningkatkan keyakinan diri serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2026.