KUANTAN, 18 November 2026 – Program Ziarah Kasih Pengerusi Jemaah BAKAT Udara telah diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pangkalan Udara Kuantan bagi menyantuni anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengikuti program pemulihan di pusat berkenaan.
Menerusi program ini, seramai 14 orang penerima telah menerima sumbangan kebajikan yang disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor, Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan anak-anak warga ATM.
Turut hadir Brig Jen Dato’ Junairi bin Baharom, Asisten Ketua Staf Tadbir (AKS Tadbir), wakil Yayasan LTAT serta delegasi Jemaah BAKAT Udara.
Melalui inisiatif kebajikan seumpama ini, Yayasan LTAT terus komited dalam menyantuni dan menjaga kebajikan keluarga anggota ATM, khususnya anak-anak yang memerlukan perhatian dan sokongan, selaras dengan usaha berterusan untuk memastikan kesejahteraan komuniti pertahanan sentiasa diberi keutamaan.