Berita, Kemahiran

HARI KEDUA KURSUS KEUSAHAWANAN K²T 2026: DARIPADA IDEA KEPADA PERNIAGAAN YANG BERDAYA MAJU

Hari kedua Kursus Intensif Keusahawanan Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) 2026 diteruskan dengan pengisian berfokuskan pengurusan dan perancangan perniagaan bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan keupayaan ahli BAKAT ATM dalam mengembangkan perniagaan secara lebih strategik dan mampan.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

BANGI, 22 November 2026 – Hari kedua kursus diteruskan dengan pelbagai pengisian menarik yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan dan perancangan perniagaan.

Sesi Meet & Greet turut diadakan bersama YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Penasihat BAKAT ATM; YBhg. Datin Indera Sharifah Murshida binti Syed Zain, Ketua Biro Sosial/Kebudayaan BAKAT Markas ATM; YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan LTAT; YBrs. Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN; serta Cik Nik Nurina Nik Kamaluddin, Ketua Penjenamaan dan Komunikasi Korporat Pharmaniaga Berhad.

Menerusi pengisian berkaitan penetapan harga, pengurusan kewangan dan Klinik Kos & Keuntungan, peserta didedahkan dengan strategi penting untuk memastikan perniagaan bukan sekadar mampu beroperasi, malah berpotensi menjana keuntungan.

Para peserta turut menantikan hari terakhir kursus esok dengan lebih banyak ilmu dan pengalaman baharu bagi melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan.