Berita, Kebajikan

YAYASAN LTAT SANTUNI KEBAJIKAN KELUARGA ATM DI KUCHING

Yayasan LTAT menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 11 penerima yang berdepan cabaran kesihatan di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak sebagai usaha menyantuni kebajikan warga ATM.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUCHING, 21 September 2026 – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) meneruskan komitmen dalam menyantuni kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penyampaian sumbangan kepada 11 orang penerima yang berdepan cabaran kesihatan di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak.

Sumbangan ini dilaksanakan bersempena Lawatan Kebajikan Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Malek Razak bin Sulaiman, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada anggota serta keluarga ATM yang sedang melalui ujian kesihatan, di samping menghargai jasa dan khidmat bakti mereka kepada negara.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan LTAT dalam memastikan kebajikan komuniti ATM terus diberi perhatian, khususnya kepada mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kesemua penerima dan keluarga serta memberi kekuatan dan semangat untuk terus menjalani kehidupan dengan tabah.