KOTA KINABALU, 5 Mac 2026 — Yayasan LTAT hari ini telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada dua keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menghidap penyakit kronik di Rumah Keluarga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT diiringi oleh YBhg. Laksmana Madya Dato’ Khir Junaidi, Panglima Armada Timur TLDM dan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.
Antara penerima sumbangan ialah adik Muhammad Norhakim bin Muhammad Norhilman, 5 tahun, anak kepada anggota TLDM, BK TMS Muhammad Norhilman bin Mohd Norhisham dari unit KD KEDAH. Penerima kedua adik Umairah Balqis binti Norshamir Afif, 1 tahun, anak kepada anggota TLDM, LK TLR Norshamir Afif bin Norshamdari dari STN MIKE TLDM.
Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan Yayasan LTAT dalam membantu meringankan beban keluarga anggota serta sebagai sokongan berterusan terhadap kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia.











