Aktiviti, Kebajikan

Yayasan LTAT Salur Simpanan Pendidikan MADANI Kepada 3,328 Anak Anggota ATM

KUALA LUMPUR, 13 MAC 2026 – Yayasan LTAT terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi inisiatif Simpanan Pendidikan MADANI. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pengkalan

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 13 MAC 2026 – Yayasan LTAT terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi inisiatif Simpanan Pendidikan MADANI. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan anak-anak ATM mendapat permulaan simpanan pendidikan yang kukuh sejak di bangku sekolah.

Sebagai simbolik, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin telah menyempurnakan penyampaian replika cek RM 50 dengan diiringi Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Brig Gen Ahmad Kassim bin Daud, Pengurus Besar Negeri PTPTN, En. Ahmad Fahmin bin Haris serta Guru Besar SK Pengkalan Tentera Darat, En. Hilmy bin Mat Nayan@Othman

Secara keseluruhannya, seramai 3,328 murid Tahun 1 anak anggota ATM di seluruh Malaysia layak menerima manfaat daripada inisiatif Simpanan Pendidikan MADANI tahun ini. Melalui kerjasama strategik bersama PTPTN, sumbangan ini disalurkan ke dalam akaun SSPN-Prime bagi membantu memupuk budaya menabung dalam kalangan anak-anak ATM sejak peringkat awal persekolahan.

#YayasanLTAT

#MinDefUpdate

#MinDefMalaysia

#JagaWiraKita

#KemahiranKeluargaTentera