Berita, Kebajikan

YAYASAN LTAT SANTUNI ADIK NUR IMAN FITRI

KUALA LUMPUR, 17 April 2026 — Yayasan LTAT telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada pesakit dalam kalangan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Nur Iman Fitri binti Mohd Zulkarnain, 8 tahun, menerusi sesi ziarah di Perumahan ATM,

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 17 April 2026 — Yayasan LTAT telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada pesakit dalam kalangan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Nur Iman Fitri binti Mohd Zulkarnain, 8 tahun, menerusi sesi ziarah di Perumahan ATM, Kuala Lumpur.

Penerima merupakan anak kepada anggota ATM, PW PAP Mohd Zulkamain bin Ismail @Smail,yang kini sedang menjalani rawatan perubatan.

Menerusi ziarah tersebut, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin bersama Pegawai Staf 2 Kebajikan ATM, Mej Noor Khairi bin Abd Rahman dan Pegawai Staf 2 Pengurusan BPR & HRMIS, Lt Kdr Mohd Nazrin Shah bin Ab Talib TLDM, hadir menyantuni keluarga penerima, sekali gus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warga ATM.

Yayasan LTAT turut mendoakan adik Nur Iman Fitri dapat kembali kesekolah seperti biasa untuk meneruskan sesi persekolahan bersama kawan-kawan.

#YayasanLTAT

#MinDefUpdate

#MinDefMalaysia

#JagaWiraKita