Yayasan LTAT telah mengadakan Lawatan Kebajikan di kediaman pesakit Muhammad Luth Iskandar bin Muhammad Hassan Firdaus di Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur yang sedang menjalani rawatan akibat Chronic Gastritis with Bleeding. Pesakit merupakan anak kepada LK I HDI Nurul Husni Aida binti Mohd Zaidi.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin bersama Mej Noor Khairi bin Abd Rahman dari Seksyen Kebajikan ATM serta Lt Fatin Nurliyana binti Muraf, Pegawai Staff 3 Statistik Operasi TLDM sebagai tanda sokongan, keprihatinan dan semangat kebersamaan terhadap keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang menghadapi ujian kesihatan melibatkan anak mereka.
Yayasan LTAT mendoakan Adik Muhammad Luth Iskandar segera sembuh seperti sedia kala.
#YayasanLTAT
#MinDefMalaysia
#MinDefUpdate
#JagaWiraKita


