LUMUT, 29 SEPTEMBER 2026 – Program Sentuhan Elit SPM menerusi Komponen Hala Tuju telah berlangsung di SMK Pangkalan TLDM Lumut dengan penyertaan seramai 94 orang pelajar Tingkatan 5.
Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pelbagai pilihan pendidikan dan laluan yang boleh diterokai selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan menghimpunkan wakil daripada Jabatan Pendidikan Tinggi UPU, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan TVET MARA Lumut.
Menerusi sesi perkongsian yang diadakan, para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan permohonan kemasukan, meneroka pelbagai laluan pendidikan serta mengenali bidang pengajian yang selari dengan minat dan potensi masing-masing.
Pendedahan ini diharapkan dapat membantu para pelajar memahami pilihan yang tersedia dengan lebih jelas, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kesediaan mereka dalam menentukan hala tuju pendidikan serta masa depan selepas SPM.