Berita, Pendidikan

MENYEMAI PATRIOTISME, MENGHARGAI JASA PERWIRA

Yayasan LTAT mengagihkan Buku Sumpah Setia Perwira Tanah Air kepada 38 sekolah komuniti ATM bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Bersempena Bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia, Yayasan LTAT meneruskan usaha menyemai nilai patriotisme dan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda menerusi simbolik penyerahan buku Sumpah Setia Perwira Tanah Air kepada tiga buah sekolah dalam komuniti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu SK Kem Terendak II, Melaka, SMK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak dan SK Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur serta turut diagihkan kepada 35 buah sekolah dalam kem yang lain.

Menghimpunkan kisah perjuangan, pengorbanan dan kepimpinan warga ATM, buku ini diharapkan dapat mendekatkan para pelajar dengan sejarah perjuangan negara serta memberi pemahaman dan penghayatan terhadap jasa para perwira dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air.

Yayasan LTAT berharap inisiatif ini dapat memupuk rasa cinta terhadap negara serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para perwira.