MELAKA, 14 September 2026 – Yayasan LTAT meneruskan komitmen dalam menyantuni kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi lawatan serta penyampaian sumbangan kepada empat keluarga ATM di Sungai Udang dan Masjid Tanah yang sedang berdepan cabaran kesihatan anak-anak mereka.
Sumbangan disampaikan oleh Puan Zarina Mohamad, Pengurus Kanan CSR & Strategi Yayasan LTAT kepada adik Nurqistina Batrishah, 6 tahun, anak kepada LKpl Muhammad Azri Shah bin Safuan dari 73 Bn KPD; adik Mohamad Anas Iman, 1 tahun, anak kepada Kpl Mohamad Hazwan bin Romli dari 9 RAMD (Para); adik Nur Zulaikha Ulfa, 3 tahun, anak kepada Kpl Muhamad Nuralief bin Saipul Anuar dari 1 RAD (Para); serta adik Ilyas Al-Fateh, 1 tahun, anak kepada Kpl Ishammudin bin Roselan dari 8 RRD (Para).
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Puan Sharifah Hanem binti Syed Idrus, Pengerusi BAKAT Gabungan Kem 10 Bgd (Para) merangkap AJK Kebajikan 1, bersama Puan Zuridatul binti Mokhtar, AJK Kebajikan 2, dan Puan Salbiah binti Mon@Nor, AJK Kebajikan 3.
Kunjungan ini menjadi ruang bagi menzahirkan sokongan dan keprihatinan kepada keluarga yang diuji. Yayasan LTAT akan terus memainkan peranan dalam menjaga kebajikan warga ATM dan keluarga. Semoga anak-anak serta keluarga yang dikunjungi dikurniakan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.