SENDAYAN, 22 OGOS 2026 β Yayasan LTAT telah melaksanakan serahan kebajikan kepada tiga keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara Sendayan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan komuniti warga pertahanan.
Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin serta delegasi Yayasan LTAT bersama Komander Pangkalan Udara Sendayan, YBrs. Kol Narulnizam bin Razali TUDM telah menyampaikan sumbangan kepada Kpl U Timothy Derald Anak Baki, Sjn U Mohd Reza Aimy bin Mohd Salim dan Sjn U Muhamad Fakhrullah bin Yahya.
Serahan kebajikan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga penerima di samping memberikan sokongan dalam menghadapi cabaran yang dilalui.
Yayasan LTAT mendoakan agar semua penerima diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan buat insan tersayang. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi manfaat dan sedikit kelegaan kepada keluarga yang menerima.