Berita, Kemahiran

MEMPERKASA KEMAHIRAN, MEMPERLUAS PELUANG EKONOMI

Program K²T memperkasa kemahiran ahli BAKAT menerusi Kursus Urutan dan Spa di Kolej Komuniti Taiping.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KAMUNTING, 15 OGOS – Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) memberi ruang kepada ahli BAKAT untuk memperoleh kemahiran baharu menerusi Kursus Urutan dan Spa di Kolej Komuniti Taiping.

Kursus ini disampaikan oleh Puan Izzaty Hazwani binti Zakaria, Pensyarah Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, Kolej Komuniti Taiping, serta turut disertai oleh Puan Nini Nur Fatim binti Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Komuniti Taiping.

Peserta menerima pendedahan menerusi sesi teori dan praktikal, termasuk demonstrasi teknik urutan badan serta penggunaan produk asas penjagaan badan. Pengisian ini turut membimbing peserta dalam mengenal pasti produk yang bersesuaian, mengaplikasikan teknik urutan yang betul serta memahami kaedah pengendalian perkhidmatan yang profesional.

Inisiatif K²T merupakan antara usaha berterusan Yayasan LTAT dalam memperkukuh kesejahteraan keluarga ATM, di samping membuka ruang kepada penguasaan kemahiran yang boleh dimanfaatkan bagi menjana pendapatan.