HULU LANGAT, 22 OGOS 2026 – Kursus Asas Solekan di bawah Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) telah diadakan di Kolej Komuniti Hulu Langat dengan penyertaan seramai 20 orang ahli BAKAT Markas Tentera Darat. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan teknik solekan yang betul, di samping meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tatarias.
Menerusi sesi teori, demonstrasi dan amali, peserta didedahkan kepada asas solekan serta teknik tatarias yang betul, sebelum mempraktikkan kemahiran tersebut secara langsung di bawah bimbingan Puan Rahaidah binti Abd Rahim.
Sepanjang kursus, peserta berpeluang mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara praktikal dan meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan tatarias yang lebih kemas. Kemahiran yang diperoleh juga diharapkan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, di samping membuka ruang kepada peserta untuk meneroka potensi dalam bidang keusahawanan dan menjana pendapatan keluarga.