SUNGAI PETANI, 5 SEPTEMBER 2026 – Seramai 15 ahli BAKAT sekitar 6 Bgd telah menyertai Kursus Solekan Kecantikan yang berlangsung di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan teknik solekan kecantikan, selain membantu meningkatkan kemahiran serta keyakinan diri. Menerusi sesi pembelajaran secara praktikal, para peserta berpeluang mengasah bakat dan mengenali teknik solekan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kemahiran yang dipelajari juga berpotensi dikembangkan sebagai nilai tambah diri serta membuka ruang kepada peserta untuk meneroka peluang dalam bidang kecantikan dan keusahawanan.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi langkah awal untuk terus membina keyakinan, mengembangkan potensi dan mencipta peluang baharu.