Aktiviti

YAYASAN LTAT SERTAI PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

Yayasan LTAT menyertai Program Hari Bersama Pelanggan Siri 2 Tahun 2026 anjuran Kementerian Pertahanan yang berlangsung di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah pada 12 November 2026.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

SUNGAI PETANI, 12 November 2026 – Yayasan LTAT menyertai Program Hari Bersama Pelanggan Siri 2 Tahun 2026 anjuran Kementerian Pertahanan yang berlangsung di Dewan Zainal, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Encik Lokman bin A. Rahman, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan.

Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dalam memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah kementerian, selain menyediakan ruang interaksi secara bersemuka bagi membantu menyelesaikan urusan pelanggan dengan lebih mudah dan berkesan.

Dalam program ini, Yayasan LTAT telah menyampaikan taklimat secara umum berkaitan peranan, inisiatif dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh yayasan kepada para hadirin. Turut disampaikan sumbangan kebajikan kepada 10 orang penerima melalui wakil Markas Briged Keenam Infantri Malaysia sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka.

Penyertaan ini mencerminkan usaha berterusan Yayasan LTAT dalam memperkenalkan inisiatif kebajikan serta memperluas penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan yayasan kepada komuniti ATM.